Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

Tahun baru 2009 akan tiba tidak lama lagi..sebelum menyambut tahun baru masihi 2009,kita akan terlebih dahulu meraikan tahun hijrah 1430.Bersempena tahun baru yang bakal menjelang ini,pastinya amalan tradisi turun temurun sejak dulu kala yang aku pun xpasti bila bermula; azam baru..hehee..

Apa azam baru anda untuk tahun baru ini?Walau apapun azam anda tahun ini,pastinya semua azam itu untuk kebaikan diri sendiri dan secara umumnya ialah untuk menjadikan ia lebih baik dari tahun sebelumnya.

Bagi perokok,mungkin memasang azam untuk berhenti merokok atau paling  tidak untuk mengurangkan tabiat itu..mngkin jg sesetgh dr perokok ini suah pun memasang azam berhenti merokok ini seja sedekad lal..hehe..sapa tahu?Amatlah diharapkan azam anda akan tercapai..

Kepada bdk2 sekolah yg bakal menghadapi peperiksaan UPSR,PMR,SPM & STPM,pastinya imian sudah ditanam untuk mendapat A sebnyk mungkin..insyaAllah,dgn usah yg konsisten dan keyakinan yg tinggi,dimurahkan rezeki anda untuk mencapai azam tersebut.

Walaubagaimanapun,sebelum aku akhiri tulisan aku kali ini,aku nk pembaca semua memasang satu lagi azam..azam untuk tidak lupa pakai tali pinggang belakang kereta..hehe..seperti yang dimaklumkan kepada rakyat,saman RM300 akan dikeluarkan kpd penumpang yang tidak memakai tali pinggang belakan berkuatkuasa 1 januari 2009 ini..Tujuan arahan ini dikeluarkan ialah mengikut kajian yg dilakukan oleh JKR,PDRM,JPJ dll,pemakaian tali pingang keledar untuk penumpang belakang akan mengurangkan risisko kemalangan sebanyak 40% hingga 50%.

Jadi kepada pembaca yang sudah memasang azam menyambut detik 12mlm di Stadium Merdeka, atau di KLCC,atau mungkin di Komtar,atau mungkin di Putrajaya, atau mungkin di Kuching atau di mana2 sj lah yg mmerlukan anda keluar dari rumah menaiki kereta,jgn lupa pakai yee..kalau x,sia2 sj RM300 melayang pada hari pertama tahun baru..anda mulakan tahun baru dgn RM300 kpd polis trafik..haa..x pasl2 je bengang nnti..

Akan tetapi kalau tetap xnak pakai tp xmau kena saman,aku syorkan pembaca pakai kereta buatan sebelum 1995.kenapa?kerana kereta buatan sebelum 1995 mmg tidak dipasang tali pinggang belakang dan kereta2 ini dikecualikan dr dikenakan saman…aikkk??boleh plk??aku pun xpaham..ntah ape2la  undang2 baru nie..xpun,pakai bas..ini kerana,bas pun dikecualikan dari dikenakan saman kerana bas tidak mempunyai tali pinggang penumpang..ouchh!!Adakah ini bermakna kereta buatan sebelum tahun 1995 dan penumpang bas tidak berisiko ditimpa kemalangan?Adakah kemalangan hanya akan berlaku kepda kereta yang mempunyai tali pinggang keledar penumapang,yakni kereta buatan selepas tahun 1995?

huhuh…aku xpaham..sapa2 yang paham dialu-alukan memberi penjelasan ekk

Read Full Post »

Daripada-Nya kita datang,kepada-Nya kita kembali..

Begitulah fitrah manusia…sehebat mana manusia itu di dunia,sampai masa akn tetap pergi jua.lewat pagi hari ini,kira2 pkl 11.45,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ)..baginda diputerakan pada 19 Julai 1922 dan mangkat pada usia 86tahun.

Secara ringkasnya, banginda pernah bergelar Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 bermula 26 April 1996 hingga 25 April 1999  menggantikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbudin Shah.

Selama 29tahun mentadbir Negeri Sembian,baginda bnyk memberi tumpuan dalam bahagianpembangunan soci-ekonomi Negeri Sembilan.

Dibawah adalah antara pengiktirafan yg diraih baginda sepanjang hayatnya

Tuanku Jaafar held the rank of Marshal of the Royal Malaysian Air Force.[1].

Pengiktirafan luar negara pula:

Knight of the Order of the Seraphim of Sweden (w/Collar)-1996

Grand Collar of the Order of Merit of Chile-1995

Grand Cross of the Order of the White Rose of Finland-1995

Grand Cross of the Order of Civil Merit of Spain (w/ Collar)-1995

Grand Cross of the Order of the Southern Cross of Brazil (w/Collar)-1995

Raja of the Order of Sikatuna of the Philippines-1995

Grand Cross of the Order of Merit of Uruguay-1996

Special Order of the Grand Cross of the Bundesverdienstkreuz-1996

Knight Grand Cross of the Order of the Bath (GCB)-1998

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman..

Ameen

Read Full Post »

Cuti sekolah yg bermula sejak 15 Novembr lalu kini sudah hampir ke penghujungnya…begitu juga dgn tahun 2008 yang akan berakhir lebih kurang seminggu lg..tak lupa jg tahun hijrah 1429  yang akn melabuhkan tirainya dlm 2-3 hari sj lg..

berbalik pada crita cuti sekolah,biasanya musim cuti skolah nie musim org kenduri kendara kawen atau berkhatan..musim cuti sekolah jg slalunya musim melancong utk sesetgh family.bg yg berkemampuan,destinasi luar negara adalah pilihan manakala untuk gologan sederhana,destinasi dlm negara jg xkurang hebatnya..tp ada jgk yg xkemana2,parents bz keja..so bg yg xkemana2 nie,slalunya ms cuti akan dihabiskan dgn mmbuat keja2 umah,menonton tv,surfing internet n sesekali melepak ke mall..

Ok lah..watever it is,i wana focus on watching tv..why?aku perhatikan,program2 cuti skolah nie bnyk menyiarkan rancangan ‘made in Indonesia’..terutama skali tv3..uihh…tiap2 hari cita Indonesia..aku jd risau plk..knapa xpasal2 aku risau nie..

haa…sbbnya,nnti lama2 bdk2 skolah negara kita nie jd peminat setia cita ‘made in Indonesia’..dh la stesen radio kita penuh dgn lagu2 dr seberang,siap ada carta khas lagu2 seberang lg..skrg musim cuti skolah pun nk tayang cita sana jgk ke?nnti bdk2 nie trus hilang minat ngn cita2 ‘made in Malaysia’  pasal dh biasa sgt ngn produk2 dr sana.kpd bdk2 sekolah yg xkemana2 musim cuti nie,pasti nya tv akn menjadi penghilang ‘keboringan‘ n ‘killertime’ bg diorang..

bdk2 sekolah nie sng dipengaruhi maka klu tiap2 hr duk tayang cita dr seberang,nnti pemikiran pun akn ikut acuan sana..bila dh jd mcmtue br la kerajaan sibuk nk lancar kempen sayangilah bangsa anda la,cintai produk tempatan la,patriotik la n mcm2 lg la yg perabih duit rakyat nie..(oopss..sensitif plk!)ini lah akibatnya  tidak mengawal gejala kebanjiran produk luar dr awal..

Fikir2 kan lah..ada ke stesen tv Indonesia berebut2 nk tayang cita ‘made in Malaysia’ kpd penonton mereka?kwag kwang kwang *toungue*

diharap stesen tv nasional,jalankan tanggungjawap sosial anda dgn menyokong produk2 nasional..produk2 luar jg bagus untk disiarkan sbb terbuka minda org kita tentang adat & budaya masyarakat lain tetapi biarlah berpada2…

Read Full Post »